Damage Protection
Learn More
Cash On Delivery
Pre-Order (ships in 7 days)
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Import/Local
Description

Penulis: Zamir Mohyedin Genre: Bacaan Umum (Sains) ISBN: 978-967-2437-14-7 MENGENAI BUKU : Telah banyak manusia ketahui tentang isi kandungan alam semesta dari lohong hitam, bintang-bintang dan galaksi-galaksi hinggalah sifat ruang-masa yang amat unik. Namun, lebih banyak rahsia yang masih belum diketahui lebih-lebih lagi misteri tenaga gelap, jirim gelap dan ramalan penghancuran alam. Sekecil-kecil dunia kuantum telah menjadi dasar untuk memahami realiti dan blok-blok asas ciptaan. Dunia kuantum meneroka daya-daya dan tenaga yang menjadi jentera untuk menggerakkan pelbagai jenis fenomena alam yang menakjubkan. Manusia terus maju ke hadapan untuk bergerak lebih jauh dengan pelbagai visi yang mengagumkan, daripada membina tamadun galaksi, menuju ke masa hadapan, bergerak melebihi kelajuan cahaya hinggalah aspirasi mencari tamadun asing. “Saya teruja kerana buku ini mengandungi isian yang mantap dan berlandaskan pengetahuan fizik yang kukuh serta bukan sekadar sentuhan pada permukaan sains sahaja. Ia mantap dan padat, namun ditulis dalam cara yang mudah difahami bagi yang bukan ahli.” — Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah ISI KANDUNGAN : BAHAGIAN I: GENESIS ALAM 1. Asal Usul Kejadian Alam 2. Kejadian Sistem Suria 3. Riwayat Hidup Lohong Hitam 4. Enigma Jirim Gelap & Tenaga Gelap 5. Masa Depan Bumi & Alam Semesta BAHAGIAN II: GENESIS KUANTUM 1. Api, Air, Angin & Tanah 2. Kejadian Cahaya 3. Kejadian Atom 4. Kelahiran Kuantum: Revolusi Tidak Diundang BAHAGIAN III: GENESIS DAYA SEMULA JADI 1. Paradoks Kembar & Kerelatifan Khas 2. Kejadian Graviti: Kegravitian Sejagat & Kerelatifan Am 3. Kejadian Spektrum Elektromagnet 4. Kejadian Daya Nuklear Kuat: Ledakan di Hiroshima & Nagasaki 5. Kejadian Daya Nuklear Lemah: Pereputan Radioaktif & Pelakuran Nuklear 6. Kejadian Zarah Tuhan: Boson Higgs Yang Sulit Ditemukan 7. Teori Segala Sesuatu BAHAGIAN IV: EKSODUS 1. Pengembaraan Masa 2. Pengembaraan Galaktik 3. Pengembaraan Teleportasi 4. Pengembaraan Mencari Makhluk Asing 5. Pengembaraan Ke Marikh 6. Pengembaraan Ke Dunia Selari 7. Pengembaraan Ke Dunia Hologram 8. Pengembaraan Ke Dimensi Lain

Chat Now
Add to Cart
Buy Now